Monday, November 22, 2010

Kisah seorang pesakit yang sudah tidak mampu bergerak, tidak makan dan minum.. akan tetapi...

Salam semua,

'Tidakkah manusia melihat pada diri mereka itu sendiri?.." maksud ayat suci al-Quran.

[Pesakit : 1052_ 2010]

Semalam, 21 Nov. 2010;
Seorang lelaki yang telah menghubungi untuk temujanji rawatan kerana gangguan dari makhluk Allah swt yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun boleh dikesan dengan mata hati " ..... "

Beliau sudah tidak mampu untuk makan dan minum, hanya berbaring sahaja.

Namun dengan keizinan Allah dan berbekalkan Kalimah Toyyibah, maka beliau sembuh dan dipulihkan kesusahannya oleh Allah dalam masa beberapa minit sahaja. [ ingat ! ini sudah pastinya bukan kerja manusia apalah lagi makhluk ! ]

... >> ikuti selanjutnya; Kisah warga emas tidak dapat tidur dengan sempurna selama 6 bulan..

Sunday, November 21, 2010

Tontoni Video pembentukan diri yang baik

Dengan mengamati dan menontoni video ini setiap hari, nescaya diri anda akan capai banyak kejayaan. Sekalipun kerap di singgahi oleh beberapa kesusahan dan ujian.

Ia terbukti dapat membentuk diri, memperkenalkan diri, meningkatkan diri dan mempertahankan diri.

video
Ben Ahmad

Pelaburan Selamat yang Syarie dan bijak

Melibatkan diri dan wang anda di dalam satu bentuk pelaburan yang terjamin oleh kerajaan, mendatangkan hasil yang tinggi, adalah satu tindakan yang bijak.

Ada dua bentuk pelaburan masa kini yang digalakkan oleh Islam;

(1) Skim Jamin Haji - Di dalam produk Takaful Ummah - PrudentialBSN Takaful.

(2) Takaful-Link (Health) yang menjanjikan pelaburan dengan pulangan sehingga 15% setahun.

Banyak faedah, banyak Barakah dan pulangan yang hebat.

Paling penting di sini ialah, pelaburan anda mendapat PENGECUALIAN CUKAI !!
i- Diri (RM6000)
ii- Isteri (RM6000)
iii- Anak (RM3000)- seorang.

Total : RM15,000. untuk kembalikan manfaat kepada diri dan keluarga tersayang anda.

Keluarga terjamin dan tidak tercicir APABILA berlakunya kematian ketua keluarga. Waris tetap mendapat elaun bulanan sehingga 25 tahun.

Hubungi pakar perancang kewangan Islam (diri dan keluarga ) anda sekarang: 019-2113619/myilmi@yahoo.com.

Perancang Kewangan Islam

Secara realiti, umat Islam Melayu, bahkan Malaysia adalah ketinggalan di dalam merancang kewangan peribadi dan keluarga.

Kemiskinan adalah musuh umat Islam. Ia adalah satu cabaran sepenuh masa sesiapa sahaja khususnya orang-orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Kenapa?

Jawapan ini sama dengan persoalan 'kenapa berdosa tidak menunaikan zakat?'.

Kemiskinan boleh mengancam kehidupan individu, ada kes-kes benar yang berlaku (berdasarkan pengalaman penulis) di mana individu yang terdesak telah terpaksa membunuh diri akibat tekanan perasaan dan kecewa kerana ketiadaan wang untuk sara diri, isteri dan anak-anak.

Tidak kah pernah kita membaca dan mendengar pesanan baginda Rasulullah saw kepada para pejuang di medan Badar, ;" Kita pulang dari jihad kecil dan akan menuju kepada Jihad Besar!". Apakah jihad besar itu?

Ia adalah jihad mempertahankan ekonomi diri, keluarga, kampung, bandar, negeri dan negara.

Bayangkan sebuah negara yang tiada hasil, namun hanya hidup dengan cara berhutang untuk menampung keperluan rakyatnya??

Ben Ahmad

Tuesday, November 9, 2010

Mengenal Diri

Awalluddin , Makriaftullah, wa qabla makrifatullah, makrifatu al-nafsi..
( Perkara yang paling penting di dalam memulakan kehidupan ini ialah mengenal Allah, dan sebelum mengenal Allah, perlu mengenal diri.. Jadi perkara yang paling penting sekali ialah MENGENAL DIRI )

Sunday, November 7, 2010

Permulaan Yang Baik

Permulaan yang baik, untuk makluman blog ini baru bermula..
sama2 kita doakan agar entry di dalam blog ini dapat membantu kita
dan memperbaiki diri kita dengan izinNya..
Amin