Sunday, November 21, 2010

Perancang Kewangan Islam

Secara realiti, umat Islam Melayu, bahkan Malaysia adalah ketinggalan di dalam merancang kewangan peribadi dan keluarga.

Kemiskinan adalah musuh umat Islam. Ia adalah satu cabaran sepenuh masa sesiapa sahaja khususnya orang-orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Kenapa?

Jawapan ini sama dengan persoalan 'kenapa berdosa tidak menunaikan zakat?'.

Kemiskinan boleh mengancam kehidupan individu, ada kes-kes benar yang berlaku (berdasarkan pengalaman penulis) di mana individu yang terdesak telah terpaksa membunuh diri akibat tekanan perasaan dan kecewa kerana ketiadaan wang untuk sara diri, isteri dan anak-anak.

Tidak kah pernah kita membaca dan mendengar pesanan baginda Rasulullah saw kepada para pejuang di medan Badar, ;" Kita pulang dari jihad kecil dan akan menuju kepada Jihad Besar!". Apakah jihad besar itu?

Ia adalah jihad mempertahankan ekonomi diri, keluarga, kampung, bandar, negeri dan negara.

Bayangkan sebuah negara yang tiada hasil, namun hanya hidup dengan cara berhutang untuk menampung keperluan rakyatnya??

Ben Ahmad

0 comments: